U follow..i follow too

Wednesday, July 13, 2011

lama sudah....

assalamualaikum..


fuhh..fuhh..fuhh...tiup2 habuk kt blog ni..
lama sgt dah laa x update blog ni ha..
dah lama kita x main pensan2 kan?
nk main pensan2 tak?
ok sbg pengubat rindu kita main pensan2 meh..

1...2...3.... PENSAN!!! T_____________T

hahahaha..

ok berbalik pada cerita di atas..
lama x update ye dak..
apa kabar korg semua?
kechix alhamdulillah sihat walafiat..
so far life alhamdulillah syukur..
semuanya selesa..semuanya ok saje..

oh ye...nk ingatkan korg..
bulan puasa dah dekat..
amacam korg? dah ready nk puasa ke?
bln ni x sbr nk sambut puasa..
2 minggu lbh je lg..
teringat zaman kanak2 dlu..macam2 hal...
kelakar ada,sedih ada,macam2 ada..
utk korg,jgn ponteng puasa pulak kecuali pada yg boleh ponteng tu kan.. *ye..pempuan la tu* T___T
semoga bulan puasa kali ni dpt tunaikan puasa dgn jayanya..amin~~

ok lah..tu je nk update buat masa ni..
jumpa lagi di lain masa..di lain cerita..
dah lama x menaip..kekok pulak rasanya kahkahkah..
gerak skrg..dulu dah gerak dah...hahaha..bye2. ^____^

Friday, March 18, 2011

al-kisah.........

salam readers..
apa kabar sume..
lame sunggoh kite x jumpa kan..
lame jgk x main pensan2..
nak main lagi tak? msti korg rindu kan?
hahaha..ok2..kita main lg alang2 dah nk update blog ni kan..
ok mcm biasa..tutup mata...
1.....2........3......pensan!! =D
yeahh!! korg berjaya!! tepuk tgn sket. =p

oklah actually nk cite byk benda ni..
tp dlm sesi yg ringkas je..
almaklum lah lama sgt x update blog ni sbb bz sgt..
alhamdulillah..skrg dah pun dpt kerja full time..
gaji pun da beso sikit..syukur2...heeee.
lepas laa buat byr bil2 yg ada..

oh ye..lupe lak..
kebelakangan ni kecik byk pegi karoke tau..
port2 yg salu pegi kdg2 dkt jusco AU2 tu..
kdg2 pegi dkt superstar dkt wangsa walk tu..
kot2 nnt ada yg nk ajak (dan belanja) tu...hello2 laa ye..
huahuahua..
klu rase2 korg nk dgr suara kecik yg x sedap ni..sile2 lah ringankan tangan hulurkan bantuan pegi taip menatang alah ni..

www.youtube.com/kechixs (sile subsribe skali klu rajin..kahkahkah)

haa kt situ korg boleh laa dgr nyanyian kecik yg x sedap ni..hihi.
dlu cita2 nk jd penyanyi laa konon nye..tp last2 impian dah bertukar..
nk jd dj radio sbnrnye..hihihi..tp tgk lah keadaan..klu ade,ade laa kan..
klu xde bio kan aje..yg pnting minat tu xkan padam..kahkahkah..

oh ye..besok cuti..nk pegi jalan2..rehat2 kn kepale yg dah seminggu ni padat dgn keje..smpai 20jam pun ade..
mencabar sungguh kerje nye smpai x cukup tido x cukup rehat..
sape2 nk ikut kecik meh laaa..hallo2 lps tu kite hangout same2..
bole la kite bekenal-kenalan ye dak? hahaha..

oklah smpai kt sini dulu bebelan ni...
nnt smbung lg di lain masa...bile tu tak tau lg..
sbb jarang sgt update blog ni haha..
haaa..memandangkn fb skrg dah lembap mcm siput (klu korg perasan laa skrg ni)
actually mmg fb tu sndiri yg lembap..bukan internet korg yg lembap sbb x byr bil..
hahahaha..
jadi kecik beralih arah pada twitter..
sape2 ade twitter mari laa kita bertweet2..
nk link nye nnt kecik bg dkt gadget sblh ni..
ok laa ok laa da lebih sgt da ni..
jumpa lagi di lain masa.
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... gedebushhhh!!!!

Thursday, January 13, 2011

Just The Way You Are. =)

salam readers..
lama tak dengar cerita..
anda semua sehat?
hari ni taknak maen pensan2 lah..
skrg ni mood rindu gile babeng..
ahhh rindunye..rindunyeeeeeeeeee~~ :D
just nk share lagu ni kt korg..
hati ni mood rinduuuuuuuuuuuu..
lalalala~~
jmpe lagi di laen entry..mode rindu kaw2 ni..
tata tata...lalalalala~~

RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU... :D


Thursday, December 9, 2010

BACAAN DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH

salam readers...
peh..lmbt btl update kali ni..
maaf bz sikit..rasanya blm terlambat nk ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam seluruh dunia..
sedar tak sedar..setahun dah berlalu..
awal muharram datang lagi..
sempena awal muharam ni,tahun baru,bulan baru..sama2 laa kita berdoa agar semuanya baik2 saja..
sempena tahun baru ni..sama2 lah kita baca doa meh..jum2 ambil masa sekejap...kita berdoa sama2 ye..


Doa Akhir Tahun Hijrah 1432

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun Hijrah 1432


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Semoga tahun baru akan membuka lembaran baru yg lebih baik dalam hidup kita semua, insya-Allah.

Monday, November 29, 2010

al-kisah lama x update blog.. XD

salam reader...hallooowwwsss~~ ppffttt!! (gedik gila hallo mcm tu..hahaha)
oh btw mari kita main pensan2 dlu..
lama dah x men pensan2 kn..hihihi..
ok2....satu..dua..tiga..pensan!! =.=!
aha~ lama sudah x update blog..
apa kabar anda semua?
kecik kt sini sehat2 je...ramai org kate makin "sehat" pun ade..LUL!!
hope korg pun sehat jugak lah kan..
x byk nk update arini..sbb penat gila..
yelah..lps je benti dr uitm aritu..konon2 nye nk tukar course..
pegi interview yg baru ni..tak ada rezeki...tak dapat pulak..
takpelah..myb ada rezeki lain..
ni pun skrg kecik da keje balik kt tempat lama..
masih di desa pandan..menjadi penjaga cc tegar..haha.
klu rajin dtg laa jmpe kecik dkt CC orange ,desa pandan..
boley kita minum2..makan2..nyum2...tp korg blanje laa..kah3..
nnt kecik upload gamba byk2..da lame x men upload2 gamba jugak..
oh ye..fb pun da kurang online sgt skrg...tah..dlu addict sgt..
last2 skrg da rase mcm biase2 je...heeee..
ok laa korg sume..kecik nk rehat2 jap..kang petang masuk keje balek..
nnt petang kita online balek sama2...okeng?
tata~ salam..chill out allright..
yayaya~ whatever~~~ =.=!

Saturday, October 9, 2010

10 perkara yang membuat wanita benci lelaki =.="



p/s: dicurik bulat2 tanpa editan dari blog cik wanie kamarudin yg comel..kih3.


1. Panas baran


Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan. p/s: tak suke lelaki macam ni. kalau sekali jek aku buat hal, mesti kene penampar dan terajang dye :'(
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control. p/s: tak suke jugak! sebok jek nak mengongkong! suke ati aku lah nak buat ape.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya. p/s: jangan ego tak kene tempat, oke? (:
4. Suka “cuci mata”
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain. p/s: benci lelaki gatal!
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih. p/s: kau pilh aku atau dia?
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak. p/s: aku seorang yang sensitif (:
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai. p/s: jangan penting kan kawan kau oke? penting kan aku jugak!
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. p/s: aku suke lelaki yang menghargai ape yang aku buat (:
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. p/s: i hate this type of man!
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda. p/s: jangan sesekali tipu aku oke? jujur jek. aku terima -__-'







p/s: info ni sengaja dikongsi untuk tatapan bersama..tak semestinya blog lelaki nk cite psl lelaki je kan..kdg2 kne amek tau hal kaum pempuan..setuju? hihihi..steady!! xD

Monday, October 4, 2010

al-kisah karaoke.

salam readers..
apa kabar sume..
lama x berkongsi sesuatu kt sini..
ari ni nk kongsi pasal video karoke..
kechix sendiri yg nyanyi nye..
lame dah video ni..
hope enjoy okay..
dengar2 lah...
hihihi..

http://www.youtube.com/watch?v=dd7epeiCBkY