U follow..i follow too

Wednesday, September 14, 2011

kembali...

hye readers..

apa khabar..
salam pagi,salam tgh hari,salam petang,salam malam,salam muhibbah & salam 1 malaysia.
sy harap u oll semua sihat2 je sbb i oll pun sihat jugak skrg ni..alhamdulillah..
lama btl kita tak ketemu kan..
so sempena KEMBALI nya sy dlm dunia blogging ni, apa kata kita main pensan2 dlu..
ok dah sedia? 1......2........3.........pengsan!! +__________+

yeay!! sy berjaya, u oll juga berjaya! amin. :)
ok lah cukup lah bermain..
sebenarnya tak ada apa sgt pun nk dikongsikan..
cuma sekadar nk mengucapkan..eh blm terlambat kan?
ok2..nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin utk semua..
andai ada salah dan silap harap di maafkan.
kita manusia ni tak lepas dari melakukan kesilapan kan? heeeee..

memandangkan skrg ni still dlm mood raya,byk jugak lah pegi open house sana sini..
ada jemputan sana sini pun byk..
tak kurang jugak ada yg mendirikan masjid time2 raya ni..
ambik berkat aidilfitri lah katakan..
kepada mereka yg melangsungkan pertunangan ke,perkahwinan ke, tahniah diucapkan..
semoga ikatan yg dibina terjalin hingga ke akhir hayat...ceewah aku taip mcm ni tak boleh blah. :D

psl diri sy pulak, sy baru je menjalani satu sesi interview dkt bank hari tu..
hihihi..nk tukar kerja la pulak rasanya..
bkn kerja yg ada sekarang tak bagus, tp rase mcm nk cari angin baru..
nk cari gaji yg tggi laa sikit dr kerja lama..
yelah, skrg ni segala2 benda naik..harga barang naik,barang itu naik,barang ini naik..
tapi gaji kita? takat tu je laa..adoiyai..sedih2.. T____T
tu yg nk tukar kerja tu..hope dapat laa menampung kehidupan di kota metropolitan yg serba mencabar ni..kahkahkah..

ok lah, smpai sini dlu utk perkongsian kita bersama..
myb lps ni akan lebih kerap update blog klu ada idea sbb unifi baru saja bertandang ke rumah..hihihi..
makin kerap laa aku online gamaknya..kofkofkof..
anyway, selamat hari raya aidilfitri sekali lagi pada readers di luar sana..
andai ada umur yang panjang, bertemu lagi kita dalam rancangan membaca blog kechix sambil pensan2..
jumpa lagi...kbai. :D

Thursday, August 25, 2011

Salam Ramadhan hari ke - 25

assalamualaikum,

hai readers apa khabar..
tak sempat kita main pengsan2 bulan ni..
sbb kena fokus kan berpuasa..hihihi.
hari ni hari ke dua puluh lima kita berpuasa..
tak lama lagi ramadhan yang indah ini akan meninggalkan kita..
dalam kita tercari2 malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir,
kita tak sedar...sebenarnya kita tak harus hanya mencari pada 10 malam terakhir saja,
sepatutnya berterusan sampai bila2..
kalau ramadhan ada lailatul qadar nya, hari2 biasa yang lain juga ada rahmat dari-Nya..
sama2 lah kita lakukan anjakan paradigma..
lakukan lah perubahan itu secara berterusan, tidak hanya terhad di bulan ramadhan saja..
sehingga di sini dahulu..waktu sahur sudah hampir tamat..
bertemu di lain waktu..
as-salam. :)

Tuesday, August 16, 2011

iKLan Gangster. - teaser KL Gangster

salam readers..
tak nak ckp apa2..
just nk share satu link yg gempak gila..
berdekah2 aku tgk mula2 video ni..
pernah tgk kl gangster kan?
hah, ni dia kl gangster baru punya..
korg tgk lah sndiri..kita berdekah sama2..
hehehe...selamat menonton.. :D

http://www.youtube.com/watch?v=J5PlD1GVrvc

-thanks to amanwan for awesome vid. :)

Friday, August 12, 2011

4 isteri, jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

-credit to Blog Teh Secawan :)

Sunday, August 7, 2011

Friend Finder or find to fight??

salam readers..
apa khabar..
salam ramadhan,salam muhibah,salam satu malaysia..
straight to the point je entry kali ni..
cuma nk luahkan rasa tak puas hati kepada teknologi yang dah "membunuh" diri aku..
nk tau kenapa aku ckp mcm tu?
sbb.....


MAXIS DAH BUAT SATU BENDA BODOH A.K.A FRIEND FINDER YANG LANGSUNG BG INFO TAK TEPAT LEPAS TU BUAT AKU KENA TUDUH BUKAN-BUKAN.


opss~ tak salahkan maxis or friend finder 100%....
cuma..aku panas bila benda yg aku tak buat..
org ada-ada kan cerita..
ye...memang betul..
dulu aku ada hati dgn minah tu..sampai jadi dungu dibuatnya..
tapi kalau aku dah kata aku dah tak ada apa-apa dengan dia..
dah tak contact langsung dengan dia...
TOLONG LAA FAHAM!!!!!
kau nak aku cakap macam mana lagi!!!!!!!
haihhhh...
memang sakit hati aku ni bila aku tak buat orang lagi nak tuduh..
so mulai saat ni, memang aku faktap gila dengan friend finder ni..
pegi mampos aku tak percaya dah application tu..
jahanam betul..
dah laa..malas nk emo2 lagi..aku dah penat emo seminggu dua ni..
bulan puase pulak tu..
mujur laa aku update blog pukul 3 pagi..kalau tak sia-sia puasa.. =.=!
jumpa lagi di lain entry...
haihhh...paneh..paneh~

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak...


salam readers..
apa kabar..
hope semua sihat2 hendaknya..amin~
tak banyak nk dicakapkan..
cuma nk ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh
umat Islam di seluruh dunia..
semoga kita beroleh keberkatan di bulan yg mulia ni..
semoga kita menjaga tingkah laku kita..
dan semoga tak miss puasa tahun ni insya-Allah.. =)

kt sini ada serba sedikit niat puasa tahun ni..salam ramadhan 1432h sekali lagi..as-salam.


Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.

Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kera

na Allah Taala.

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan

ini kerana Allah Ta’ala”.

Monday, July 18, 2011

kepenatan..

salam readers..

apa kabar?
hope semua sihat2 hendaknya..
kechix sihat-sihat je..
tp penat yg teramat sgt..
perghh..mmg penat gila beb..
bygkan laa..patutnye kene keje 8 jam je..
tp sbb supervisor tu ada meeting..
kena laa pulak ganti dia..
lagi 8 jam...
habis je keje ptg tu...gerak pulak pegi klang..
jmpe kwn yg dah lama sgt x jumpa dia..
balik dr klang tu...keje lagi 8 jam..
mak oii..mmg tak ar kan..
last2 nye pagi td..balik keje..dlm kul 11 pagi..
trs tido smpai mlm..hahahaha.
gila balas dendam tido..
ni dah puas tido da cuma letih sbb terlebih tido laa pulak..
surrender laa lps ni berjaga smpai 32 jam..
mmg x larat gila..hahaha..
ok laa nk smbung keje dlu..
nnt smbung lagi lain entry..
saje nk mengadu dgn korg yg aku penat..
kot2 ade yg nk picit2 kn aku mcm mawi ckp tu,suka pempuan yg pandai mengurut..
kahkahkah..
ok laa gerak sekarang..
chow sin chi...as-salam~

Saturday, July 16, 2011

kawin..

salam readers..

apa kabar semuanya?
hope sihat2 je..
hari ni xmau main pensan2..
penat sikit..sob2.. T____T

sbrnye time ni tgh boring..
so take time update blog sekejap..
hah..title "kawin"...
erk!! kenapa kawin?
haha..tak ada apa2 pun..
actually sbb ramai sgt org kawin2 kan dlm bulan ni..
so nk amek kesempatan laa nk wish selamat pengantin baru dkt diorg..
baik sedara mara,sahabat handai,ataupun artis2 di luar sana..
yg awal bulan hari tu congrats utk dua pupu kechix..iaitu saudara afandi roslan dgn pasangannya yg berlangsung dkt bentong,pahang darul makmur tercinta haritu..
byk jugak laa gambo2 yg diambik..tp smpai hari ni x dpt2 lagi gambar nye hahaha..
kwn2 sekolah, zila si junior smksb yg x sempat aku dtg kenduri nye atas sbb2 kerja..iskk iskk..
dan jugak pada si cantik farah AF2 breep2 dan jugak noh hujan..
tahniah laa utk semua dan semoga ikatan yg dibina tetap kukuh hingga akhir hayat..
peh..gua x sangka gua cakap mcm ni kahkahkah..

syok dgr org kawin2 ye dak..
aku bila lagi? hahahahaha..gelak besar dibuatnya..
ntah lah..smpai jodoh,adalah..
buat masa skrg bina kerjaya,bina keselesaan diri dulu..
kawin2 ni pikir kemudian lah..myb dlm usia suku abad baru fikir..
skrg muda lagi..so rilek2 dulu...hihihi..
tp,klu jodoh awl,aku x menolak...sbb dah ketentuan takdir kan?
ahh..merepek lebih2 plak..
dah laa..aku nk smbung buat keje dlu..
nnt lain masa sambung lagi..
ok chow sin chi~ tata..~ ^___^

**mode kawin2 laa pulak..OMG OMG! bak kata shuib sepah..haha..

Wednesday, July 13, 2011

lama sudah....

assalamualaikum..


fuhh..fuhh..fuhh...tiup2 habuk kt blog ni..
lama sgt dah laa x update blog ni ha..
dah lama kita x main pensan2 kan?
nk main pensan2 tak?
ok sbg pengubat rindu kita main pensan2 meh..

1...2...3.... PENSAN!!! T_____________T

hahahaha..

ok berbalik pada cerita di atas..
lama x update ye dak..
apa kabar korg semua?
kechix alhamdulillah sihat walafiat..
so far life alhamdulillah syukur..
semuanya selesa..semuanya ok saje..

oh ye...nk ingatkan korg..
bulan puasa dah dekat..
amacam korg? dah ready nk puasa ke?
bln ni x sbr nk sambut puasa..
2 minggu lbh je lg..
teringat zaman kanak2 dlu..macam2 hal...
kelakar ada,sedih ada,macam2 ada..
utk korg,jgn ponteng puasa pulak kecuali pada yg boleh ponteng tu kan.. *ye..pempuan la tu* T___T
semoga bulan puasa kali ni dpt tunaikan puasa dgn jayanya..amin~~

ok lah..tu je nk update buat masa ni..
jumpa lagi di lain masa..di lain cerita..
dah lama x menaip..kekok pulak rasanya kahkahkah..
gerak skrg..dulu dah gerak dah...hahaha..bye2. ^____^

Friday, March 18, 2011

al-kisah.........

salam readers..
apa kabar sume..
lame sunggoh kite x jumpa kan..
lame jgk x main pensan2..
nak main lagi tak? msti korg rindu kan?
hahaha..ok2..kita main lg alang2 dah nk update blog ni kan..
ok mcm biasa..tutup mata...
1.....2........3......pensan!! =D
yeahh!! korg berjaya!! tepuk tgn sket. =p

oklah actually nk cite byk benda ni..
tp dlm sesi yg ringkas je..
almaklum lah lama sgt x update blog ni sbb bz sgt..
alhamdulillah..skrg dah pun dpt kerja full time..
gaji pun da beso sikit..syukur2...heeee.
lepas laa buat byr bil2 yg ada..

oh ye..lupe lak..
kebelakangan ni kecik byk pegi karoke tau..
port2 yg salu pegi kdg2 dkt jusco AU2 tu..
kdg2 pegi dkt superstar dkt wangsa walk tu..
kot2 nnt ada yg nk ajak (dan belanja) tu...hello2 laa ye..
huahuahua..
klu rase2 korg nk dgr suara kecik yg x sedap ni..sile2 lah ringankan tangan hulurkan bantuan pegi taip menatang alah ni..

www.youtube.com/kechixs (sile subsribe skali klu rajin..kahkahkah)

haa kt situ korg boleh laa dgr nyanyian kecik yg x sedap ni..hihi.
dlu cita2 nk jd penyanyi laa konon nye..tp last2 impian dah bertukar..
nk jd dj radio sbnrnye..hihihi..tp tgk lah keadaan..klu ade,ade laa kan..
klu xde bio kan aje..yg pnting minat tu xkan padam..kahkahkah..

oh ye..besok cuti..nk pegi jalan2..rehat2 kn kepale yg dah seminggu ni padat dgn keje..smpai 20jam pun ade..
mencabar sungguh kerje nye smpai x cukup tido x cukup rehat..
sape2 nk ikut kecik meh laaa..hallo2 lps tu kite hangout same2..
bole la kite bekenal-kenalan ye dak? hahaha..

oklah smpai kt sini dulu bebelan ni...
nnt smbung lg di lain masa...bile tu tak tau lg..
sbb jarang sgt update blog ni haha..
haaa..memandangkn fb skrg dah lembap mcm siput (klu korg perasan laa skrg ni)
actually mmg fb tu sndiri yg lembap..bukan internet korg yg lembap sbb x byr bil..
hahahaha..
jadi kecik beralih arah pada twitter..
sape2 ade twitter mari laa kita bertweet2..
nk link nye nnt kecik bg dkt gadget sblh ni..
ok laa ok laa da lebih sgt da ni..
jumpa lagi di lain masa.
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... gedebushhhh!!!!

Thursday, January 13, 2011

Just The Way You Are. =)

salam readers..
lama tak dengar cerita..
anda semua sehat?
hari ni taknak maen pensan2 lah..
skrg ni mood rindu gile babeng..
ahhh rindunye..rindunyeeeeeeeeee~~ :D
just nk share lagu ni kt korg..
hati ni mood rinduuuuuuuuuuuu..
lalalala~~
jmpe lagi di laen entry..mode rindu kaw2 ni..
tata tata...lalalalala~~

RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU... :D