salam readers..
apa kabar sume..
lama x berkongsi sesuatu kt sini..
ari ni nk kongsi pasal video karoke..
kechix sendiri yg nyanyi nye..
lame dah video ni..
hope enjoy okay..
dengar2 lah...
hihihi..
http://www.youtube.com/watch?v=dd7epeiCBkY
Monday, October 4, 2010
al-kisah karaoke.
Hasil bebelan kechix pada 10/04/2010 07:16:00 PM 2 komen
Monday, September 27, 2010
hahaha lawak..
salam readers..
hai lama x dengar cerita..
tetibe tangan kaku nk menaip..
hah!! seperti biasa..mari kita main pensan2..
jom2...ok ready..
satu...dua...tiga...pensan!!!
ok dah..cukup....
ni nk share sikit ni...
ade lawak yg kreatif...hehehe.
nk update,xtau nk cite ape..so bg yg ni je lah..
curik drpd 1 website..amazingnara.com..thanks ya bg curi kejap.. xD
anyway mari kita layan~
Serius bijak gile ayah dia nie:-
Father: I want you to marry a girl of my choice
Son: “I will choose my own bride!”
Father: “But the girl is Bill Gates’s daughter.”
Son: “Well, in that case…ok”
Next Father approaches Bill Gates.
Father: “I have a husband for your daughter.”
Bill Gates: “But my daughter is too young to marry!”
Father: “But this young man is a vice-president of the World Bank.”
Bill Gates: “Ah, in that case…ok”
Finally Father goes to see the president of the World Bank.
Father: “I have a young man to be recommended as a vice-president.”
President: “But I already have more vice- presidents than I need!”
Father: “But this young man is Bill Gates’s son-in-law.”
President: “Ah, in that case…ok”
ahahaha..enjoyed? itu saja utk entry kali ni..
nnt update lg...tata~~~
Hasil bebelan kechix pada 9/27/2010 07:37:00 PM 2 komen
Labels: lawak kah3
Wednesday, September 22, 2010
al-kisah jeles.
salam readers..
bertemu lg dlm rancangan "mari membaca blog kechix smbil pensan2"..
haa ape lg..pensan laa cpt...1....2....3...pensan!! LOL!!!
lama x bersua kn...ape kabo sume? hope sehat laa ye..
aha~ setelah sekian lama x update...pelbagai kejadian dah dilalui..
ade byk nk kongsi sbnrnye...tp xde mase...
nk cite psl raye,nk cite psl puase..mcm2 laa...
tp x berkesempatan lg...iskkk.
btw entry kali ni saje nk kecoh2...
pasal..........sy jeles ni..
hahahaha..
tgk tajuk laaa kn..
jeles dgn kwn2 blogger lain yg blog die lawa2..
iskkk..
teringin nk buat lawa2...tp x reti..kah3..
yg reti ni je laa..
blog itam legam yg simple...huhuhu..
cemburu betul dgn kwn2 blogger yg blognya lip lap2...ada lampu2..ropol2...agagaga~
someone tlg ajar sy!!!!!!! (kah3..jeles sgt ni)
oh ye...btw pg td da register dgn nuffnang..
selame ni asek dgr2 psl nuffnang je..
terutama dr cikgu intan tu... (hello teacher..kredit sikit tau ada nama you dlm ni..kah3)
memula tertanya2 gak...menatang mende nuffnang ni?
last2 usha laa jugak kn...sndiri pegi usha2..
tgk ape laa sebenarnye nuffnang tu..
tp smpai skrg xtau jwpn lg..hahahaha..
sape2 yg tau,tlg bitau sy ye..nnt sy bg kuih raya..
hahahahaha..
ok lah..tu je nk bitau..sy jeles dgn blog org lain yg cantik..
nnt sy nk curik blog korg!! hahaha..
sampai bertemu lg dlm entry akan dtg..
lebih byk kisah menarik menanti anda...LOL!!
renung2 kn dan selamat membaca...bye~~~~
Hasil bebelan kechix pada 9/22/2010 04:38:00 AM 1 komen
Saturday, September 18, 2010
Soalan Menguji Minda.
Di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..
Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang
campur lagi 1000. Campur lagi 30 ….
Campur lagi 1000 . Campur lagi 20…
Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 …
Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk …jawapan.. ..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .
Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary.. Baca semula soalan!
Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini- market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ….?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati. Mudah sahaja. Dia buta je.. bukan bisu daa…
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selamat bergembira.. … bye.!!
credit to : ohtidak.com
p/s : cam best je..so aku copy lah dr situ..thx. :)
Hasil bebelan kechix pada 9/18/2010 09:55:00 AM 2 komen
Labels: fun stuff
Friday, August 20, 2010
selamat berpuasa...maaf zahir dan batin.
salam readers..
takde ape nk ckp sgt..
cuma nk wish selamat berpuasa utk semua...
pejam celik pejam celik da seminggu kita berpuasa...
ada lg 3 mggu utk berjuang..
semoga kita mendapat keberkatan ramadhan..
dlm bln ni jgk nk mintak maaf kt semua andai ada salah dan silap..
x semestinya hari raya je kan?
so ape2 pun,renung2kn dan selamat beramal...puasa jgn x puasa.. =)
tata~
Hasil bebelan kechix pada 8/20/2010 12:10:00 AM 1 komen
Labels: indiependent
Monday, August 9, 2010
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi.
aha~
salam readers..
ape kabar..
lame kite x bersua...
lame jgk kite x main pensan2..
jom2 main blk..
1....2....3...pensan..
hahaha..
oke..
ramadhan dtg lg..
seperti biasa mari la kita berpuasa..
taun ni mcm taun2 lps gak..
puasa penuh..
well..laki kn..for sure lah..
LOL!
skrg ni tgh blaja masak..
sng sket nk masak time bebuka...
lalalala~
ok btw slmt berpuasa..
jgn ponteng2..
x baik...
yg pempuan...hmm..mls ckp..korg kompem x puasa penuh nyer..
ok jmput dtg rumah raya nnt..bwk duit raya utk saya..
okek tata~
Hasil bebelan kechix pada 8/09/2010 07:48:00 PM 1 komen
Thursday, August 5, 2010
Permainan Tradisi..mari2 baca
salam readers...
lame x jengah blog..
arini nk kongsi sket..
pasal permainan tradisi..
td belek2 fb..terjumpa benda ni..
bila baca2 blk..teringat mainan2 tradisi yg aku pnh main kecik2 dlu..
korg pun msti pernah kn?
so ape kate kite check out...
smbil2 teringat kenangan2 lama kn?
ok malas cite pnjg2...
tgk lah...
selamat membaca.. =)
________________________________________________________
KELEBIHAN DALAM PERMAINAN TRADISI
Permainan tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu. Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan.
Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain. Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya?
Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:
Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)
Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)
Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)
Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju)
Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)
Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)
Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)
Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)
Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)
Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)
1. LASTIK GETAH
-Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
- Hanya memerlukan kawasan gelanggang yang sederhana luas.
-Tidak memerlukan banyak peralatan. Selain kayu yang dibenamkan ke dalam tanah, setiap pemain perlu memiliki getah induk atau buci masing-masing.
-Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong'. Seterusnya menggunakan -kaedah 'wan tu som' bagi penentuan pemain terakhir.
-Setiap pemain meletakkan getah taruhan / tagang masing-masing di atas para.
-Pemain giliran pertama melakukan bidasan menggunakan getah induk.
-Getah yang jatuh; diambil menjadi miliknya.
-Getah yang mengena para tidak boleh diambil. Dibiarkan begitu saja.
-Setiap pemain berusaha mengambil getah taruhan bagi menambahkan koleksi masing-masing.
2. KETINTING KAPAL TERBANG
-Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.
-Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
-Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.
-Melakukan penentuan giliran.
-Pemain pertama memulakan ting-ting.
-Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.
-Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.
-Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.
3. KETINTING BUKU
-Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.
-Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.
-Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
-Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.
-Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.
-Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.
-Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.
-Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.
4. Batu Seremban
-Kanak-kanak perempuan memonopoli permainan ini.
-Guli, batu kerikil sederhana besar, biji getah atau pundi-pundi kecil dijadikan sebagai buah.
-Pemain utama memulakan permainan dengan cara menaburkan buah seremban.
-Jika ada buah yang bersentuhan, maka status pemain ini dianggap mati.
-Setiap peringkat buah adalah berbeza mengikut urutan aturan yang telah ditetapkan.
-Bermula dari buah satu hinggalah kepada buah terakhir yang juga dikenali sebagai buah 'king'.
-Kemudian melakukan imbangan buah bagi mendapatkan mata.
-Pemain yang berjaya memperolehi mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.
5. ACI SOROK / MAIN SEMBUNYI
-Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama.
-Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari / Jadi. -Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
-Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
-Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100.
-Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
-Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain.
6. CARI CUCU
-Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi kegemaran kanak-kanak lelaki dan perempuan.
-Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai kain atau sapu tangan digunakan di dalam permainan ini.
-Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.
-Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain untuk membentuk satu bulatan.
-Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.
-Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya.
-Nenek mula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya.
7. GALAH PANJANG
-Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.
-Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
-Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.
-Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.
-Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.
-Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.
8. GULI
-Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
-Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk.
-Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.
-Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.
-Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.
-Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.
-Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.
-Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.
10. KONDA KONDI
Kanak-kanak perempuan kurang menggemari permainan berkumpulan ini.
-Melakukan undian untuk mendapatkan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan pemain kumpulan kedua.
-Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.
-Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung di udara.
-Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran permainan bertukar. -Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai kumpulan utama pula.
-Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.
-Pemain utama berusaha menghalang kayu anak yang dibaling oleh pemain kedua.
-Mata dikira dengan cara membaringkan kayu anak menghala ke arah lubang.
11. SEPAK RAGA
-Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
-Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
-Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
-Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
-Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
-Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.
13. SUSUN SELIPAR
-Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
-Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar dan sebiji bola tenis.
-Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.
-Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.
-Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.
-Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.
-Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar tersebut.
12. BALING TIN
-Permainan berkumpulan ini dimainkan bersama oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
-Melakukan undian terlebih dahulu untuk penentuan giliran sebagai pemain kumpulan utama dan kumpulan kedua.
-Sebelum memulakan permainan, tin disusun terlebih dahulu.
-Pemain daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling bola ke arah tin.
-Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua tin.
-Jika pemain berjaya menjatuhkan kesemua tin, maka tugas pemain kumpulan kedua adalah membaling bola ke arah pemain kumpulan utama untuk mematikannya.
-Sekiranya pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula tin, maka kumpulan ini dianggap memenangi permainan pada pusingan ini.
14. Main Tikam
-Permainan individu ini amat popular di kalangan kanak-kanak lelaki.
-Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa melakukan permainan ini.
-Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di atas permukaan tanah yang gembur.
-Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini dianggap mati.
-Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap yang telah ditetapkan.
-Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap permainan dianggap memenangi permainan ini.
15. Dam Aji
-Permainan strategi ini dimainkan secara individu. Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
-Permainan ini dimainkan di kawasan anjung rumah. Manakala lelaki dewasa lebih gemar bermain di kedai kopi sambil berbual kosong.
-Setiap pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara memakan buah dam lawannya.
-Permainan ini mengambil masa yang agak lama kerana setiap pemain perlu berfikir dan berupaya memerangkap pihak lawan bagi mengalahkannya.
-Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
-Status seri juga boleh berlaku jika kedua-dua pemain gagal mengalahkan lawan masing-masing.
16. DAM AJI TERBANG
-Sama seperti dam aji, permainan ini juga digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tetapi lelaki dewasa tidak menggemarinya.
-Cara susunan buah dam adalah sama seperti permainan dam aji. Cuma cara dan peraturannya ada sedikit perbezaan.
-Pemain dimestikan makan buah dam pihak lawan jika ada peluang.
-Sekiranya pemain tidak makan buah dam milik lawannya sama ada dengan sengaja atau pun tidak, maka buahnya akan dirampas / ditangkap.
-Menariknya, apabila buah dam berstatus aji, maka buah aji ini boleh terbang dan berhenti di kesemua arah.
-Pemain yang berjaya memakan kesemua buah dam milik lawannya dianggap memenangi permainan ini.
17. CONGKAK
-Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa termasuklah ibu-ibu dan nenek-nenek juga menggemari permainan ini.
-Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak.
-Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
-Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak.
-Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
18. LOMPAT GETAH
-Kanak-kanak perempuan menggemari permainan ini. Manakala kanak-kanak lelaki tidak meminatinya dan mereka lebih gemar membuat onar.
-Getah gelang dijalin menjadi rantaian getah yang panjang.
-Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir.
-Dua orang pemain ditugaskan memegang kedua belah hujung rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.
-Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan.
-Jika pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.
-Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing.
-Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
19. Lawan Bola
-Permainan individu ini dimainkan di kawasan anjung rumah ataupun di dalam rumah.
-Pemain perlu menyediakan peralatan permainan termasuklah bola kertas, pemain, gol serta padang permainan.
-Kedua-dua pemain menyusun kedudukan pemain masing-masing.
-Memulakan sepakan bola dengan cara menjentik pemain ataupun menepuk pemain.
-Jika tepukannya baik, bola meluncur laju ke arah gol.
-Kedua-dua pemain berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan cara menyumbat gol.
-Pemain yang berjaya menjaringkan gol paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
20. Gasing
-Permainan individu ini dimainkan di kawasan halaman rumah.
-Membuat satu bulatan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.
-Melakukan penentuan giliran dengan cara setiap pemain melontar gasing masing-masing ke arah garisan penentuan. Gasing yang jatuh paling hampir dengan garisan penanda serta berpusing akan mengambil giliran di tempat pertama.
-Manakala gasing yang jatuh paling jauh daripada garisan penanda atau gasingnya tidak berpusing dijadikan sebagai gasing penahan.
-Pemain pertama memulakan permainan dengan cara memangkah gasing penahan yang berada di dalam bulatan.
-Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran melilit gasing, menjatuh dan memusingkan gasing.
Ini permainan koi kecik kecik dulu...jom kita main sama2....
p/s : mls nk edit..pagi2 buta xde mood nk edit2 kaler2 tu..hak3.. xD
Hasil bebelan kechix pada 8/05/2010 03:03:00 AM 2 komen
Labels: indiependent




